Featured Image How to get to PDH | TGV Blog

Panduan Lengkap Cara Ke Pavilion Damansara Heights

Written by Kelvin on 24 Jul 2026

Artikel ini turut tersedia dalam

  • English
  • Bahasa Melayu
  • Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Akhirnya dah nekad nak pergi Pavilion Damansara Heights! Sama ada sebab kedai-kedai menarik, wayang, atau acara besar seperti HERO-CON — kami faham. Tapi kalau anda baru kenal KL atau pelancong dari luar, nak sampai ke sana mungkin sedikit mengelirukan.

    Jangan risau. Kami dah sediakan panduan langkah demi langkah yang paling mudah untuk anda ikuti.

    Panduan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama — pengangkutan awam dan memandu — supaya semua orang ada rujukan masing-masing.


    A. Cara Ke Pavilion Damansara Heights Melalui Pengangkutan Awam

    Cara paling pantas ke Pavilion Damansara Heights menggunakan pengangkutan awam adalah melalui Stesen MRT Laluan Kajang.

    Cara Ke Pavilion Damansara Heights Melalui Pengangkutan Awam | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Langkah Demi Langkah:

    1. Naiki tren MRT Laluan Kajang yang betul
    2. Turun di Stesen Pusat Damansara
    3. Selepas keluar dari stesen, ikut papan tanda berlabel “PAVILION DAMANSARA HEIGHTS”
    4. Naik lif ke Tingkat 5 untuk terus ke TGV Cinemas

    Sangat mudah dan papan tanda memang jelas — susah nak sesat!


    B. Cara Ke Pavilion Damansara Heights Melalui Grab

    Ramai juga yang lebih suka grab terus ke sana. Tapi kadang-kadang tak tahu pintu masuk mana yang paling sesuai. Jom kami tunjukkan:

    Langkah 1: Buka aplikasi Grab di telefon anda. Pada skrin utama, pilih “Car”

    Langkah 1: Buka aplikasi Grab di telefon anda. Pada skrin utama, pilih "Car" | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Langkah 2: Di kotak destinasi, taip “Pavilion Damansara Heights”

    Langkah 2: Di kotak destinasi, taip "Pavilion Damansara Heights" | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Pilih pintu masuk yang paling sesuai berdasarkan destinasi anda di dalam mall

    Cadangan Pintu Masuk Grab:

    Terdapat beberapa pintu masuk yang boleh dipilih oleh pemandu Grab anda. Kami dah sempitkan pilihan terbaik untuk anda:

    Cadagan 1: Pavilion Damansara Heights Damanlela Main Entrance (Paling dekat dengan TGV Cinemas)

    Kedai Kedekatan:

    • Kenny Hills Bakers
    • Nanyang Cafe
    • TGV Cinemas
    Cadagan 1: Pavilion Damansara Heights Damanlela Main Entrance | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Cadagan 2: Pavilion Damansara Heights Damanlela Entrance 1

    Kedai Kedekatan:

    • Five Guys
    • Luckin Coffee
    Cadagan 2: Pavilion Damansara Heights Damanlela Entrance 1 | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Cadagan 3: Pavilion Damansara Heights Damansuria Entrance

    Kedai Kedekatan:

    • Tesla Experience Centre
    • Christine’s Bakery
    Cadagan 3: Pavilion Damansara Heights Damansuria Entrance | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Cadagan 4: Pavilion Damansara Heights Sprint Entrance 1

    Kedai Kedekatan:

    • The Food Merchant
    • CHICKITA
    Cadagan 4: Pavilion Damansara Heights Sprint Entrance 1 | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Cadagan 5: Pavilion Damansara Heights Sprint Entrance 2

    Kedai Kedekatan:

    • Insight Optical
    • Gordon Max
    Cadagan 5: Pavilion Damansara Heights Sprint Entrance 2 | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog


    Cara Ke Pavilion Damansara Heights Dengan Memandu

    Kalau anda prefer memandu sendiri, ini yang perlu anda tahu tentang parkir di Pavilion Damansara Heights.

    Cara Ke Pavilion Damansara Heights Dengan Memandu | Cara Ke Pavilion Damansara Heights | TGV Blog

    Parkir Terbaik di Pavilion Damansara Heights:

    🅿️ Cadangan Parkir: Pintu Masuk Tempat Letak Kereta D, Tingkat B1 – B3, Tiang A & B

    Kenapa ini pilihan terbaik? Kerana ia paling dekat dengan lif yang membawa anda terus masuk ke dalam mall — tanpa perlu merayap jauh.

    Tips Tambahan:

    • 🎬 Naik lif dan terus ke Tingkat 5 untuk cara paling cepat ke TGV Cinemas
    • 💳 Bayaran parkir boleh dibuat menggunakan tiket parkir atau kad Touch ‘n Go — kedua-duanya diterima!


    Jom Tengok Wayang di TGV Pavilion Damansara Heights

    Want More Before You Go?

    Get exclusive promos, stories and latest movie updates. We promise it’ll be special for you!

    By subscribing, you agree to receive updates, promotions, and content from TGV.

    Movies You'll Love

    More Movies

    Related Post

    Featured Image | Panduan Pengangkutan Awam TGV | TGV Blog

    Panduan Pengangkutan Awam ke Semua TGV Cinemas: Stesen LRT, MRT dan BRT

    22 Jul 2026