
Akhirnya dah nekad nak pergi Pavilion Damansara Heights! Sama ada sebab kedai-kedai menarik, wayang, atau acara besar seperti HERO-CON — kami faham. Tapi kalau anda baru kenal KL atau pelancong dari luar, nak sampai ke sana mungkin sedikit mengelirukan.
Jangan risau. Kami dah sediakan panduan langkah demi langkah yang paling mudah untuk anda ikuti.
Panduan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama — pengangkutan awam dan memandu — supaya semua orang ada rujukan masing-masing.
A. Cara Ke Pavilion Damansara Heights Melalui Pengangkutan Awam
Cara paling pantas ke Pavilion Damansara Heights menggunakan pengangkutan awam adalah melalui Stesen MRT Laluan Kajang.

Langkah Demi Langkah:
- Naiki tren MRT Laluan Kajang yang betul
- Turun di Stesen Pusat Damansara
- Selepas keluar dari stesen, ikut papan tanda berlabel “PAVILION DAMANSARA HEIGHTS”
- Naik lif ke Tingkat 5 untuk terus ke TGV Cinemas
Sangat mudah dan papan tanda memang jelas — susah nak sesat!
B. Cara Ke Pavilion Damansara Heights Melalui Grab
Ramai juga yang lebih suka grab terus ke sana. Tapi kadang-kadang tak tahu pintu masuk mana yang paling sesuai. Jom kami tunjukkan:
Langkah 1: Buka aplikasi Grab di telefon anda. Pada skrin utama, pilih “Car”

Langkah 2: Di kotak destinasi, taip “Pavilion Damansara Heights”

Pilih pintu masuk yang paling sesuai berdasarkan destinasi anda di dalam mall
Cadangan Pintu Masuk Grab:
Terdapat beberapa pintu masuk yang boleh dipilih oleh pemandu Grab anda. Kami dah sempitkan pilihan terbaik untuk anda:
Cadagan 1: Pavilion Damansara Heights Damanlela Main Entrance (Paling dekat dengan TGV Cinemas)
Kedai Kedekatan:
- Kenny Hills Bakers
- Nanyang Cafe
- TGV Cinemas

Cadagan 2: Pavilion Damansara Heights Damanlela Entrance 1
Kedai Kedekatan:
- Five Guys
- Luckin Coffee

Cadagan 3: Pavilion Damansara Heights Damansuria Entrance
Kedai Kedekatan:
- Tesla Experience Centre
- Christine’s Bakery

Cadagan 4: Pavilion Damansara Heights Sprint Entrance 1
Kedai Kedekatan:
- The Food Merchant
- CHICKITA

Cadagan 5: Pavilion Damansara Heights Sprint Entrance 2
Kedai Kedekatan:
- Insight Optical
- Gordon Max

Cara Ke Pavilion Damansara Heights Dengan Memandu
Kalau anda prefer memandu sendiri, ini yang perlu anda tahu tentang parkir di Pavilion Damansara Heights.

Parkir Terbaik di Pavilion Damansara Heights:
🅿️ Cadangan Parkir: Pintu Masuk Tempat Letak Kereta D, Tingkat B1 – B3, Tiang A & B
Kenapa ini pilihan terbaik? Kerana ia paling dekat dengan lif yang membawa anda terus masuk ke dalam mall — tanpa perlu merayap jauh.
Tips Tambahan:
- 🎬 Naik lif dan terus ke Tingkat 5 untuk cara paling cepat ke TGV Cinemas
- 💳 Bayaran parkir boleh dibuat menggunakan tiket parkir atau kad Touch ‘n Go — kedua-duanya diterima!
Jom Tengok Wayang di TGV Pavilion Damansara Heights
