Featured Image Tarikh Raya 2026 | Tarikh Raya 2026 | TGV Cinemas

Spekulasi Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 1447H Di Malaysia

Written by JY on 9 Mac 2026
Featured Image Tarikh Raya 2026 | Tarikh Raya 2026 | TGV Cinemas

Spekulasi Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 Di Malaysia

Spekulasi mula timbul bahawa Aidilfitri 1447H mungkin jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026, berbanding jangkaan awal iaitu 21 Mac.

Isu ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam mengenai kemungkinan berlakunya situasi “tiba-tiba raya” seperti yang pernah berlaku pada tahun 2022.

Penjelasan Jabatan Mufti Negeri Perak

Status Takwim Hijri

Jabatan Mufti Negeri Perak menjelaskan bahawa takwim Hijri yang diedarkan kepada orang ramai hanyalah berdasarkan data hisab awal dan digunakan sebagai panduan perancangan sahaja.

Penetapan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri masih tertakluk kepada proses rukyah hilal, iaitu cerapan anak bulan yang dilakukan pada petang 29 Ramadan.

Selepas proses ini dijalankan, keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh pihak berautoriti.

Pendekatan Malaysia

Malaysia mengamalkan pendekatan penentuan awal bulan Islam secara bersepadu, iaitu gabungan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (kiraan astronomi). Kebolehnampakan hilal pula bergantung kepada beberapa faktor saintifik seperti ketinggian hilal atau altitud, jarak elongasi antara bulan dan matahari, serta keadaan cuaca seperti awan atau gangguan atmosfera yang boleh menjejaskan proses cerapan.

Analisis Teknikal Tahun Ini

Dari sudut analisis teknikal, kedudukan hilal Syawal pada tahun ini dijangka lebih rendah dan lebih sukar untuk dicerap berbanding keadaan pada tahun 2022.

Oleh itu, tahap kebolehtampakannya secara fizikal dijangka lemah.

Keputusan muktamad mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tetap bergantung kepada pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Movies You'll Love

Related Post

Featured Image Yusof Haslam rancang satukan Que Haidar, Fazura dalam filem arahan Syafiq | TGV Cinemas

Yusof Haslam Rancang Satukan Que Haidar dan Fazura Dalam Filem Arahan Syafiq

27 Mac 2026
Featured Image Lagu Raya | TGV Cinemas

Lagu Hari Raya: Senarai Paling Gempak Nak Meriahkan Raya

13 Mac 2026
Featured Image Malaikat Malam | TGV Cinemas

Program ‘Break Sekejap’ Anjuran Filem Malaikat Malam

9 Mac 2026