
Nak makan mesra Muslim di Pavilion Damansara Heights tapi tak tahu nak mula dari mana?
Rileks! Panduan ini akan menyelesaikan segalanya — dari cara menyemak status halal, senarai kedai, lokasi surau, sehinggalah cara menyusun hari yang sempurna dalam satu tingkat sahaja.
Cadangan Kami Untuk Makanan Mesra Muslim Di Pavilion Damansara Heights
Ini kedai-kedai yang sesuai untuk mula, setakat artikel ini ditulis:
Senarai Makanan Mesra Muslim
Untuk maklumat terkini tentang status halal, sila semak terus di kaunter kedai atau layari pavilion-dh.com sebelum berkunjung.
| Nama Kedai | Jenis Masakan |
|---|---|
OMI Japanese Dining | Masakan Jepun |
ParaThai | Masakan Thai |
Zhao Ji Desserts | Pencuci mulut dan minuman |
Oriental Kopi | Kopitiam dan masakan Malaysia |
Madam Kwan’s | Masakan Malaysia |
CHICKITA | Ayam panggang dan makanan kasual |
Grandmama’s | Masakan Malaysia |
Le Shrimp Noodle Bar | Mi udang dan masakan Cina |
DIN by Din Tai Fung | Masakan Taiwan, dim sum dan mi |
D Empire | Stik dan masakan Eropah |
La Boca Latino Bar & Grill | Masakan Amerika Latin |
Alternatif: Nak Makan Sambil Tengok Wayang?

Boleh je! Di TGV Pavilion Damansara Heights, lounge INDULGE hantar makanan terus ke kerusi anda semasa filem sedang ditayangkan.
Macam ni, anda boleh rasa sendiri pengalaman tonton filem sambil menikmati hidangan kualiti terbaik.
Lokasi Surau di Pavilion Damansara Heights

Gambar ini hanya illustrasi sahaja
Ada dua surau dan kedua-duanya buka dari 10 pagi hingga 10 malam:
Tingkat 5 — Sebelah restoran Tai Er, ikut koridor. Ini yang paling dekat dengan TGV Cinemas.
Tingkat 1 — Sebelah The Food Merchant, berdekatan dengan lif.